PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

09 February 2011

PERKAHWINAN KAUM MAHMERI PULAU CAREY SELANGOR

Jumaat, 4 Feb 2011;


    Jemputan kenduri kahwin seorang bekas pelajar Asrama Darul Falah (PERKIM) di Pulau Carey, Banting, Selangor disambut meriah. Berkunjung dengan rombongan YAK seramai 9 orang bersama 40 pelajar-pelajar ASDAF disambut mesra oleh pasangan pengantin dan keluarga. Pengantin perempuan dari suku kaum Mah-meri dan suaminya kaum Semai dari Tapah, Perak. Perkahwinan silang budaya, disatukan dalam majlis akad-nikah Islam berbudayakan tradisi Melayu 1 Malaysia. Begitulah keindahan Islam. Dengan Islam sajalah keharmonian kaum dapat dipupuk dan penyeragaman budaya diperindahkan. Ramai juga jiran dari keturunan Melayu dan Jawa yang kelihatan bersama dalam majlis ini.

    Selepas jamuan, rombongan YAK dibawa melawat kampung-kampung di Pulau Carey (Kg Judah dan Kg Sg. Kurau) ditemani seorang remaja lelaki Mah-meri yang belajar di IDIP, Pengkalan Chepa, Kelantan yang kebetulan pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina. Rombongan berkesempatan mengunjungi dan beramah mesra dengan sebuah keluarga bukan Islam yang boleh menjadi asas untuk kunjungan seterusnya.


Pengantin bersanding.

Sebahagian Hantaran.

Jamuan Pengantin.

Rombongan YAK dan ASDAF menjamu selera.

Simbolik/Adat majlis; Baling duit siling.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...