PENGUMUMAN PENTING!

Segala maklumat terkini mengenai aktiviti Misi kemanusiaan & dakwah di bawah Unit Program Pembangunan dan Dakwah Orang Asli (PPDOA) Yayasan Al-Khalifah boleh follow page FB : https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah/

Sumbangan anda diperlukan & layak mendapat resit pengecualian cukai
(Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.6161) dan disalurkan ke dalam akaun Maybank
(Klik Icon):

AL-KHALIFAH FOUNDATION : 5640 1611 8396
_____________________________________________________________________
Saksikan aktivis Yayasan Al-Khalifah beraksi @ TV3 !
_____________________________________________________________________

13 September 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI POS BROOKE

Pembahagian sumbangan wang zakat
Jamuan  'Rumah Terbuka' Pos Brooke berpusat di Kg Jerdip

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H bermula dari 9 Sept '10 (hari memasak) dan 10 Sept '10 (1 Shawal 1431H) di Kampung Orang Asli Jerdip, Pos Brooke.

Pada hari pertama, aktiviti penyerahan bahan-bahan masakan pulut dan lauk ayam kepada penduduk kampung untuk jamuan raya di kampung masing-masing. Sementara Kampung Jerdip, dijadikan tuan rumah sambutan hari raya tahun ini.

Aktiviti memasak diadakan lebih meriah dengan dilakukan oleh penduduk kampung sendiri. Antara masakannya ialah lemang, rendang ayam dan kuih-muih raya. Pada sebelah malam, selepas berbuka dan sembahyang Maghrib, diadakan majlis takbir ke kampung-kampung terpilih sekitar Pos Brooke..

Pada 1 Syawal, sembahyang sunat Aidil Fitri diadakan di surau Kampung Jerdip dengan dihadiri penduduk kampung berdekatan.

Selepas itu diadakan majlis penyampaian duit raya sumbangan dari jemaah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur untuk penduduk Islam Kampung Jerdip, Jelgel dan Mendrod.

Aktiviti selanjutnya adalah pergi menziarah kampung-kampung berhari raya dengan masyarakat. Sebelah malam diadakan majlis penyampaian zakat kepada penduduk yang datang sembahyang sunat tarawih sepanjang bulan Ramadhan.Wasallam.

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Maaf Lahir dan Batin.
Shamsulmuddin dan keluarga serta warga Yayasan Al-Khalifah.

0 komen:

Post a Comment

Yayasan Al-Khalifah
adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...